Kehidupan peribadi Noraniza_Idris

Perkahwinan

Beliau mendirikan rumahtangga buat kali pertama pada 31 Mac 1988 bersama rakan seperjuangannya dalam bidang nyanyian iaitu penyanyi Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang kini sudah beranjak dewasa, Aliff Haiqal dan Alfeeq Haiqal. Namun jodoh mereka berakhir pada sekitar April 2006. Kemudian beliau bertemu jodoh buat kali kedua pada tahun 2008 dan bernikah dalam satu majlis tertutup. Kali ini suaminya merupakan ahli perniagaan namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 45 hari.

Selepas dua tahun hidup solo, pada 29 September 2011, Noraniza kembali menamatkan zaman solonya dengan berkahwin kali ketiga dengan seorang bilal yang juga duda anak empat bernama Jeffri Hudi yang berasal dari Singapura. Sehingga kini suaminya menjadi tulang belakang dalam menguruskan kerjaya seni Noraniza sendiri.

Penghijrahan

Noraniza Idris mula berhijrah memakai hijab sejak 2008 selepas sahaja Noraniza berkahwin kali kedua, Noraniza mengambil keputusan untuk berhijrah kerana hasrat beliau untuk bertudung sudah lama diimpikan. Rata-rata di kalangan netizen gembira dengan penghijrahan tersebut dan mendoakan agar penghijrahan itu kekal.

Berkaitan